Friday 13 April 2012

jenis-jenis badan seorang lelaki..hehe

Assalamualaikum anda sume..harap anda sume sihat sejahtera hendaknye yepp..sebelum ni saya dah ceritekan pasal bagaimana cara-cara untuk menambahkan berat badankan..So untuk post yang kali ni saya nak ceritekan pasal jenis2 or type badan milik seorang lelaki okeyy..:)

Ni nak cerite cikit lar kan sama ada korang perasan ataupun tidak sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan mereka. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai “kepeng” or “keding”, dan menjadi orang paling kecil dalam kalangan rakan-rakan mereka sememangnya amatlah tidak membantu. Dalam fikiran saya lah kan at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho bro!

Saya yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badankan termasuk lar saya ni..hehehe..Jangan risau, dalam artikel kali ini saya nak kongsi sedikit info tentang cara menambahkan berat badan. Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang jer bro. Tapi sebelum nak mula ceritakan cara menambah berat badan, saya nak explainkan kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.

Kenapa Senang or Susah Nak Menambahkan Berat Badan ni?
Kenapa ada orang yang makan sedikit tetapi berat badan mereka cepat naik, dan mengapa ada yang sukar menambah berat badan? Makan berpinggan-pinggan nasi sehari pun masih kurus kering? Baiklah, Ini kerana manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi faktor genetik. Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu:

Ectomorph

Jika anda mempunyai jenis badan ectomorph anda akan dapati sangat sukar bagi anda untuk menambah berat badan. Makan berpinggan nasi sehari tetap tidak gemuk. Mereka yang mempunyai bentuk badan ectomorph kurus dan sukar untuk meningkatkan saiz otot. Mereka selalunya berdada leper. Contoh artis yang berbadan ectomorph adalah seperti Nabil, Yasin dan Mazlan Pet Pet.


Mesomorph

Mesomorph pula berlainan dengan ectomorph dimana mereka yang mempunyai jenis tubuh mesomorph mempunyai badan yang berotot secara semula jadi. Mereka kelihatan lebih athletic dan mempunyai badan yang tegap. Golongan ini lebih cepat mengumpul lemak berbanding ectomorph. Selalunya mesomorph ini mempunyai badan berbentuk V. Contoh artis yang berbadan mesomorph adalah seperti Aaron Aziz dan Ady Putra.

Endomorph

Jika mesomorph merupakan seoarang yang berotot, endomorph pula berlainan. Bentuk tubuh ini selalunya kelihatan chubby dan berlemak. Golongan ini juga mempunyai bentuk muka yang lebar dan lebih mudah mengumpul lemak berbanding mesomorph. Makan sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan berat badan mereka. Contoh artis yang berbadan endomorph adalah seperti Afdlin Shauki.

Hemm rasa2 takat tu jer kot yang dapat saya sampaikan untuk post yang ini..harap korang sume dapat tahu yang mana satu jenis badan korang tu yer..hehehe..k lar saya nak out dulu salamualaikum..:D

No comments:

Post a Comment