Saturday 14 April 2012

akhir siap jugak..


ALHAMDULILLAH bersyukur saya kepada ALLAH S.W.T kerana akhirnya siap jugak saya punyer blog ni yang bernama http://budakhitamblog.blogspot.com dan ini adalah post saya yang ke-10 lar ni kan..syukur nasib baik saya sempat siapkan..klau x siap tu..xtau lar nak cakap apekan..first sekali saya nak berterima kasih kepada en. shahrul samsudin yang telah mengajar saya cara2 or bagaimana nak buat blog ni..and x lupe jugak kepada rakan2 saya yang sedikit sebanyak telah  membantu saya untuk menyiapkan blog ni..dan saya harap ade lar kawan or sahabat saya yang sudi untuk ikut2 blog saya ni..blog ni biase2 jer xde hebat mane pon..hahaha..emm dan saya harap dengan siapnya blog saya ni dapatlah menambahkan sedikit carry mark saya untuk subjek CSC 3023(perdagangan elektronik) ni untuk mendapat markah yang terbaikk daripada subjek2 yang lain..hehehe

Rasenyer setakat ni jelar kot yang saya boleh tulis..nak tulis lebih2 lak nanti takut korang bosan lak kan..okey lar kalau camtu saya habiskan kata2 saya ni dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM W.B.T..SEKIAN, TERIMA KASIH...^_^


it`s me WAN ALTAF NADHIR BIN OMAR BAKI

melaka bandaraya bersejarah


MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH OH YEAH..!!


Assalamualaikum kepada umat manusia yang tengah membaca post ni..ape kabau sume?? Post kali ni saya nak cerite lain cikit pulak..hehe korang tau tak ape die..mesti korang tak tau kan..hahaha saya dah agak dah..okey2 serius2..emm hari ni saya nak cerite cikit pasal negeri pulak..nak tau negeri ape?? Hah ni yang saya nak cerite ni..hari ni saya nak cerite pasal negeri Melaka..nak tau nape saya nak cerite pasal negeri ni??..sebabnya saya lahir kat negeri ni lar negeri Melaka bersejarah tuu..hohoho(ayat bangga)..ok2 pertama sekali saya berasa amat bersyukur sekali kerana telah dilahirkan di negeri Melaka ini iaitu negeri yang menyimpan begitu banyak sejarahnya dan lagendanya..mungkin bagi yang tak lahir kat negeri Melaka ni tengok macam biase je kan tapi sebenarnya Melaka ni memang best dan menarik untuk dikunjungi serta dilawati seperti slogan negeri melaka sendiri iaitu `Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia`..hehehe..okey kita mulakan dengan sejarah negeri Melaka ni dulu yer..jom layan(malas nak tulis panjang2 lar..korang tekan jelar kat link tu yer)..hehehe..:D

http://www.cuti.my/guide_melaka.htm (tekan CTRL + Click untuk buka link)


okey kat bawah ni ade peta untuk negeri Melaka..walaupun Melaka ni kecik jer tapi telah banyak menyimpan sejarah di tanah melayu kita ni a.k.a Malaysia..kalau korang free cuti2 ni rajin2 lar melawat Melaka ni yer..hahaha..aku tau korang blaja pon kat Melaka jugak tapi kurang gi jalan2 kan..hahaha..:D



peta perjalanan ke melaka


tempat-tempat yang menarik yang ada di melaka


okey..jom kite tengok pula tempat2 yang menarik yang ade kat melaka ni..hahaha..jom layan sekali lagi


gambar kat dalam ni sumenyer ade dekat Bandar Hilir iaitu A Famosa, kincir angin, gereja st.paul(warne putih ), gereja st.christ(bangunan merah) dah sebagainyalah


hah gambar yang ni pulak ialah replika istana kesultanan melayu melaka..ni baru replika jer kalau betul2 tu xtau lar besar manekan..hahaha


okey yang ni pulak ialah melaka river cruise yang terdapat di sepanjang sungai melaka..emm harga untuk sorang x brape ingat lar sebab dah lama x naik bende ni..tapi yang pasti kalau nak naik bende ni memang kene bayarlah kan..hahaha


tempat ni famous jugak kat melaka..nak tau ape tempat ni??..ni orang panggil Jonker Walk..kalau kat sini memang terbaik lar tempat die..macam2 barang ade..cakap jer ape korang nak sume ade kat cni lar..


yang ni pulak nama die flor de mar atau muzium samudera..kat dalam kapal ni ade macam2 khazanah yang tersimpan kat dalamnya antaranya ialah tembikar2 lama yang digunakan masa zaman portugis dulu dan ade juga tersimpan senjata2 lama yang digunakan untuk berperang dulu..


yang ni namanya Masjid Selat Melaka..terletak betul2 berhadapan dengan selat Melaka..masjid ni memang cantik dan lawa..kalau korang pergi kat cni memang sesuai untuk wat scene photoshot kot..hehehe

Sebenarnye banyak lagi tempat2 menarik kat Melaka ni kalau korang nak tau tapi disebabkan banyak sangat tular yang buat saya penat nak mengupload gambarnyer pon adoiii..so kalau nak tau tempat2 menarik tu korang just tekan kat link bawah ni yer..hehehe..^_^


cukup sudah sampai di sini sahaja post saya kali ini nanti kite jumpe lagi yer..salam..:D 














Friday 13 April 2012

barang-barang idaman hati..


Assalamualaikum sume..apa kabar??..today i want story cikit pasal barang2 idaman saya lar kan tapi x tercapai lagi hajat tu untuk memilikinye disebabkan oleh beberapa faktor yang x boleh nak dielakkan seperti x cukup modal lar..itu memang biase lar kan..it`s a normal thing bagi seorang student kalau xde duit tu kan...hahaha..ok2 dah2 jom kite tngk barang2 or gadget2 yang diidamkan tapi x kesampaian untuk memilikinya..:D

·         I phone


·         Laptop apple 


·         Kasut converse


·         Jersi Manchester United original


·         Jam rolex



Emm takat tu jer kot yang saya idamkan buat masa sekarang ni..xper lar harap2 tercapai hajat untuk beli ape yang tersenarai kat atas tu..doa2kanlah yer..INSYAALLAH..hehe..:)

budak kelas dbis 4 terbaikk..


Budak2 kelas DBIS 4 yang sempoi kot..

Apa kabar sume..hari ini saya nak cerite ckit lar pasal budak2 kelas saya yang saya kasihi sekalian(kononnye) hahaha.

Okey yang pertama sekali iaitu ketua kelas bagi DBIS 4 iaitu sape lagi kalau bukan MUHD RAZIQIN BIN DAJALI yang dikasihi(kononnye)..kitorang panggil die qin or qien jer kat kelas..die ni jenis yang ok jer xde hal punyer ngan kawan2 dan jugak dalam menguruskan hal2 dalam kelas..

Then pastu dalam kelas kitorang ni sume sekali ade 17 or 18 orang jer(lebih kurang camtu lar) sebenarnye..sepatutnya 19 orang tapi ade sorang budak pompuan ni ade masalah pulak..so die kne tangguh sem lar.. kelas kitorang ni memang yang jenis happy go lucky punyer..xde nak gaduh2 ke, nak tacing2 ke, nak tarik2 muke mmg xde..tapi kalau bab2 menyindir or menganjing tu memang kuat kat kelas kitorang ni..memang x dinafikan bende2 tu macam dah menjadi kebiasaan kat kelas DBIS 4 ni..hahaha..tapi kitorang sume dah lali dah dengan bende2 sume ni..nak wat canekan dah satu kelas nak tacing2 x leh gak sebab esok jumpe juga muke yang sama yang nganjing kite tu kan..wakakaka..mungkin disebabkan bende2 camni lar yang membuatkan kitorang jadi rapat dan mesra sangat...^_^

Jumlah keseluruhan untuk budak lelaki dalam kelas DBIS 4 ni sebenarnyer ade 6 orang jer budak lelaki nyer pun…yang selebihnye budak pompuan larkan..kesemua keenam-enam budak lelaki kat dalam kelas DBIS 4 ialah ketuanya sendiri iaitu MUHD RAZIQIN BIN DAJALI, pastu AHMAD NOR HAFIS BIN JOHARI, then MUHD AMIR BIN MUHD AKHBAR, next MUHD HANZALLAH ASHRAF BIN ABDUL JAMAL, seterusnya HAFIZY BIN NORDIN and the last one ialah saya sendiri WAN ALTAF NADHIR BIN OMAR BAKI..hehehe
Walaupun budak lelaki cikit jer kat dalam kelas DBIS 4 ni, tapi kitorang sume selalu sepakat dalam selesaikan satu2 hal tu..bak kata pepatah sepakat membawa berkat  x gitu gamoknyer ??..hehehe

Kalau nak cerite pasal budak pompuan ramai sangat pulak..maknenyer untuk selebih daripada 6 orang budak lelaki kat dalam kelas DBIS 4 ialah budak pompuan sendiri..so majoriti dalam kelas tu ialah budak pompuan jugak..tu yang susah cikit tu..hemm nak wat canekan terime jelar seadanya..tapi kitorang sume hidup aman damai dan sejahtera hendaknyer..xde nak gaduh2 lar..hahaha..:­-D


budak lelaki untuk DBIS 4 bermula dari kiri iaitu muhd hanzallah ashraf(pakai songkok tu), pastu muhd amir, next ialah saya sendiri, then hafizy nordin and last one muhd raziqin (sory gambar ahmad nor hafis takde dalam gambar ni)


sory untuk gambar ni ade yang campur2 kelas lar..so korang pandai2 lar yer cam kan muke korang tu tapi yang pasti sume budak DBIS 4 ade kat dalam gambar ni termasuklah budak perempuan sekali..hehe




jenis-jenis badan seorang lelaki..hehe

Assalamualaikum anda sume..harap anda sume sihat sejahtera hendaknye yepp..sebelum ni saya dah ceritekan pasal bagaimana cara-cara untuk menambahkan berat badankan..So untuk post yang kali ni saya nak ceritekan pasal jenis2 or type badan milik seorang lelaki okeyy..:)

Ni nak cerite cikit lar kan sama ada korang perasan ataupun tidak sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan mereka. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai “kepeng” or “keding”, dan menjadi orang paling kecil dalam kalangan rakan-rakan mereka sememangnya amatlah tidak membantu. Dalam fikiran saya lah kan at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho bro!

Saya yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badankan termasuk lar saya ni..hehehe..Jangan risau, dalam artikel kali ini saya nak kongsi sedikit info tentang cara menambahkan berat badan. Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang jer bro. Tapi sebelum nak mula ceritakan cara menambah berat badan, saya nak explainkan kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.

Kenapa Senang or Susah Nak Menambahkan Berat Badan ni?
Kenapa ada orang yang makan sedikit tetapi berat badan mereka cepat naik, dan mengapa ada yang sukar menambah berat badan? Makan berpinggan-pinggan nasi sehari pun masih kurus kering? Baiklah, Ini kerana manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi faktor genetik. Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu:

Ectomorph

Jika anda mempunyai jenis badan ectomorph anda akan dapati sangat sukar bagi anda untuk menambah berat badan. Makan berpinggan nasi sehari tetap tidak gemuk. Mereka yang mempunyai bentuk badan ectomorph kurus dan sukar untuk meningkatkan saiz otot. Mereka selalunya berdada leper. Contoh artis yang berbadan ectomorph adalah seperti Nabil, Yasin dan Mazlan Pet Pet.


Mesomorph

Mesomorph pula berlainan dengan ectomorph dimana mereka yang mempunyai jenis tubuh mesomorph mempunyai badan yang berotot secara semula jadi. Mereka kelihatan lebih athletic dan mempunyai badan yang tegap. Golongan ini lebih cepat mengumpul lemak berbanding ectomorph. Selalunya mesomorph ini mempunyai badan berbentuk V. Contoh artis yang berbadan mesomorph adalah seperti Aaron Aziz dan Ady Putra.

Endomorph

Jika mesomorph merupakan seoarang yang berotot, endomorph pula berlainan. Bentuk tubuh ini selalunya kelihatan chubby dan berlemak. Golongan ini juga mempunyai bentuk muka yang lebar dan lebih mudah mengumpul lemak berbanding mesomorph. Makan sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan berat badan mereka. Contoh artis yang berbadan endomorph adalah seperti Afdlin Shauki.

Hemm rasa2 takat tu jer kot yang dapat saya sampaikan untuk post yang ini..harap korang sume dapat tahu yang mana satu jenis badan korang tu yer..hehehe..k lar saya nak out dulu salamualaikum..:D

cara-cara nak menambahkan berat badan


Bagaimana Cara Menambahkan Berat Badan?

Saya yakin jika anda sedang membaca artikel ini kemungkinan besar anda bertubuh ectomorph macam saya dan anda ingin mencari cara menambah berat badan. Jika anda bertubuh ectomorph jangan risau. Anda boleh menjadi berotot jika anda tahu caranya. Brad Pitt juga seorang yang bertubuh ectomoprh sebelum ini. Tetapi dengan latihan dan diet yang betul dia dapat menambah berat badan dengan cepat. Berikut merupakan cara yang saya syorkan untuk menambah berat badan.
  • Kalori masuk vs kalori yang dibakar
Jika anda ingin menambah berat badan dan membina otot anda haruslah mengambil jumlah kalori yang lebih tinggi dalam diet harian anda. Ini kerana otot dibina melalui lebihan kalori. Apabila tubuh anda membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan maka badan anda tidak dapat menyimpan kalori untuk tujuan tersebut. Ini membuatkan anda sukar menambah berat badan.

Jika selama ini anda makan banyak tetapi tidak bertambah berat badan, ini adalah kerana badan anda membakar terlalu banyak kalori. Ini bermakna aktiviti harian anda memerlukan penggunaan kalori yang tinggi. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan lagi jumlah pengambilan kalori harian anda.
  • Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Saya mencadangkan anda untuk makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.
  • Tingkatkan pengambilan protin
Protin dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protin membuatkan tubuh anda “mencuri” protin dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protin dalam diet harian anda. Saya mencadangkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protin untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protin. Anda boleh dapatkan sumber protin dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.
  • Lakukan aktiviti senaman bebanan
Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Maka apa yang  saya cadangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.


Di harap artikel ini dapat membantu para pembaca yang selama ini tercari-cari cara menambah berat badan. Berikan juga komen atau sebarang persoalan anda mengenai artikel ini di ruangan komen dibawah.

Thursday 12 April 2012

kamus bahasa terengganu

Kamus Bahasa / Seleng / Slang / Dialek / Loghat Terengganu
Loghat Terengganu kiter ni kasar cikit bagi sesetengah orang. Perkataan seperti bengong, natang, adalah biasa. Walaupun perkataan ini agak kasar, tapi tidaklah bermaksud orang melayu Terengganu ini kurang sopan dalam pertuturan. Ade jugak satu perkataan boleh jadi banyak maksud. Jom sama-sama kita pelajari bahase terengganu…Mesti ader satu dua perkataan yang kite tak pernah dengarkan..hehe..:)


Saya post bende ni sebab saya ni peminat Ustaz Azhar Idrus..tu sebab lar saya post bende ni..yelar nak faham satu2 ape yang die cakap memang susah cikitkan so dengan adenye kamus loghat Terengganu ni senang cikit lar saya nak faham ape yang ustaz azhar cakap tu..hehehe..jom kite blajo cakak ganu..:D

BIL PERKATAAN MAKNA / PENERANGAN 
1 abih = habis
2 abih reng = sehabis upaya
3 abih tea = sekuat tenaga
4 acing perring = bau hancing kencing
5 acu = cuba
6 agah / beragah = orang kecik jenis berani
7 agoh = orang yang sombong
8 air chor = air basuhan bertakung dari dapur / air longkang
9 air geh = air bikarbonat
10 air geh tujuh yupi - cap katung joget2 = air 7 up
11 air mati / air kosong = sky juice
12 air tuak = air nira
13 aitu = hari tu
14 amah = 50 sen (ie: samah(50sen), dua amah(rm1.00),tiga amah(rm1.50)
15 ambe = saya
16 ambek = ambil
17 amok reng = malas nak tolong
18 angik netong = nasi hangit kehitaman
19 anguh letong = sangat hangus
20 angus letong = sangat hangus
21 apah nyor = hampas kelapa
22 aper ke jadah @ jadoh = apa ke hal
23 arung = harung
24 atak = atap / bumbung
25 ator = hantar
26 atu = hantu
27 atur kecing = sssshhh ssshh!!! Supaya bayi kencing
28 awang = awan
29 ayang = ayam
30 ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya
31 babei = degil
32 badi dang = tentukan siapa yang paling cepat
33 bah = bas
34 bahang = ambil tanpa restu / pukul
35 bahang kattok = kena pukul
36 bahang rambang = buat kerja sambil lewa / ikut dang aje @ main redah
37 bahang tanoh = meninggal dunia
38 baik mbeng = lebih baik
39 baju kumbe = baju melayu
40 bak = ayah / bagi
41 baki = bekas untuk meletak sesuatu benda
42 bako = bakul
43 bakor = bakar
44 bakpe = kenapa
45 balang = botol
46 balok-arok = serabut kepala / seseorang yang tak terurus
47 bang = azan
48 bapok = besar
49 bapok gong = sangat besar / orang yang paling berkuasa@lupa diri
50 barok = lupa diri / meminta yang bukan-bukan
51 baruh = sawah
52 basah jerok = basah lencun
53 basar = wakaf / pondok kecil
54 base = memang hok tidak biasa
55 baser = bahasa
56 bata golek = boaster / bantal peluk
57 be do owh = melampau sangat
58 bedang = gatal-gatal anggota tubuh
59 beg klerpey = wallet
60 beghak nanang = sangat berat
61 bek woh = kenduri
62 bekeng = garang
63 bekok cobong = bengkak yang teramat sangat
64 bekok notong = bengkak yang teramat sangat
65 bekwoh = kenduri / makan gulai
66 beladung = air yang melimpah
67 belake = semua
68 belambok-lambok = bertimbun-timbun
69 belana @ blana = wujud dalam keadaan yg banyak
70 belang-belang = tengah2 / sambil2
71 belebe = bebel
72 belede = agar-agar
73 belengah = melekit
74 beliung = pepatung
75 belok = bengkok / pusing
76 beng ikang = lori @ van bawa / jual ikan
77 bengong = bingung / sewel
78 bepang = sejenis kuih diperbuat dengan beras pulut
79 bera = merah padam / sedih nak menangis
80 berambak = kejar mengejar
81 berambei = bergantungan
82 berat nanang = teramat berat
83 beratah = keadaan yang banyak sangat
84 berayok mokk = bahasa kasar / menyumpah saranah
85 bere = malu
86 berehi = berahi
87 berembah = bermain-main dengan kasar
88 berender = tergantung-gantung
89 berong = berterbangan bunyi bising (lalat berong)
90 be'rong = lalat @ nyamuk yang banyak berterbangan
91 bese = selalu hendak buang air kecil
92 beso jalor = sudah besar panjang / muma'yih
93 besor bapok = terlalu besar
94 besor jereguk = terlalu besar
95 betak = lembab / melengah-lengahkan
96 bewok = biawak
97 bhiang = binatang mengawan (e.g lembu bhiang)
98 bholay = tidur / juling
99 bicuk = benjol (e.g: pala aku bicuk teratuk tadi)
100 bicut = bengkak / benjol
101 bidah = lastik
102 bi-lo = berbekas
103 bira = tepi
104 birai = tepi
105 biru berang = biru lebam-lebam
106 bising bangor = teramat bising
107 blana / belana = banyak
108 blebel = membebel
109 blewe = tidak habis (makanan)
110 bluahh = comot
111 bobbob = air sampai ker hidung / lemas
112 bobok = gelembung udara dalam air
113 bodo do'oh lalu = bodoh sangat
114 boh = banjir
115 bojjeng = gunting rambut / menyikat rambut
116 bok = buku
117 bokeh = cokeh
118 bollah = cuai
119 bollo'k = penuh sesak
120 bolo = buta
121 bolong = tembus / bocor
122 boloq woq / bollok wok @ woq = sesak @ berserabut
123 botok licing = botak licin
124 bowok = bawa
125 boyak = beritahu
126 bradong @ beradung @ beradong = buat susah-susah je / bersungguh buat sesuatu
127 bralus = kedekut / berhati-hati
128 brigak @ berigak = kena tangkap / kantoi
129 bronok = sejenis kuih diperbuat dari sagu
130 buah pauh = buah mempelam
131 buah pe'lang @ pellang = buah pauh / mempelam
132 buah setial = buah kecapi
133 buah tai = buah kelapa laut
134 buak = buat
135 buh = letak
136 buh etek = letakkan juga
137 bui = beri
138 bui siya = beri seringgit
139 buket = dusun
140 bulat gete = bulat sebulat-bulatnya
141 bulih = boleh
142 buruk leppok = buruk giler
143 busuk kohong = bau yang teramat busuk
144 buwak = buat
145 buwi = bagi
146 c'aaar = panggilan utk orang lain
147 cair - boley = teramat cair / tidak pekat
148 cakak = larat / cakap
149 cakcerut = cencerot dlm pasir bawah rumah @ pasir kubur)
150 cakdus = lalai
151 cakkerek = cengkerik
152 cakna = ambil berat
153 cakol = cangkul
154 calong = mee chalung (mee halus halus)
155 camba = selerak
156 camba wa = berselerak
157 camboh = taugeh
158 camek = sentuh
159 canggang = macam
160 carik = koyak
161 cas keting = jatuhkan sesama sendiri
162 catduh = buat kerja lebih kurang, sebab nak cepat siap
163 cawak = cawat
164 cebu-ceba = *sound effect kalu mandi pakai gayong
165 ce'dung = bersawah
166 cekgi = lepah ni
167 cekik = cubit
168 cekoh = kupas / kopek buah
169 cekor = ambil dengan banyak - biasanya dengan tapak tangan
170 celakak = celaka
171 celeng = tabung duit
172 celerek = ciciran
173 celor = rendam
174 cenneng / cendeng = tergendala disebabkan sesuatu diluar jangkaan
175 cer-be / cerebe = terpa
176 cerelong / cerlong = tengok dengan pandangan tajam
177 cero = tawar / pudar
178 ceroh nerang = sangat terang / terang benderang
179 ce'rok = jauh
180 ce'rong = di sudut / tempat yang jauh
181 cetong = gayong / tin susu
182 cettok = berbentuk
183 che = mak
184 che tera lu = cuba dulu
185 cherak molek = masuk sama padan / ngam ngam
186 chero berro = cair yang amat
187 chokeng = tegak / mencanak naik dengan tiba-tiba
188 cikgu = cencerot dlm pasir bawah rumah @ pasir kubur)
189 cokeh = cungkil / tuas
190 coket = geletek
191 cokko = chop / berhenti sekejap
192 cokoh - hanggoh = duk mengcangkung
193 colek = pencicah / sos
194 colok = mancis
195 comey lote = teramat lawa
196 cong = tipu / bohong
197 copeng = hilang sikit bahagian
198 corok air = tanaman yang tak menjadi @ rosak
199 culah = malas / degil
200 cuwit = cubit sikit
201 cuwoh = curah
202 dahaga kelat-kelat = teramat dahaga
203 dakper = tidak ader aper / tiada masalah
204 dakper ah = tak apa lah
205 dalang = dalam
206 damak = riuh
207 dang = sempat
208 debe = gedebe / gah / gong
209 decung = sangat laju
210 dedok = sekam padi
211 dek pong = sebabnya / kerananya
212 dekcot = berjalan guna sebelah kaki
213 dekpong = gantian … sangat / lah katakan……
214 deme = anda, awak, kamu
215 de-me = awak
216 dene = basah / berair / gadis mengada-ngada
217 denir pey = sangat becak berlumpur
218 derah = cepat
219 derak = berjalan - jalan
220 derohong = bunyi bising yang kuat
221 desung = laju
222 deyney = melekit
223 dey-pey = hidung berhingus / selesema
224 dhian = duduk dekat unggun api
225 dhoket = tercacak (e.g: anok panah kena dhoket pada sasaran)
226 dho'nik = mengejek-ngejek
227 dian = lilin
228 diang = diam
229 dimey = awak
230 dinung = di sana
231 do tahu mende = tidak tahu apa-apa
232 dok = tidak
233 dok ahu gop = tidak tahu menahu
234 dok beh = tidak sedap
235 dok dang = tak sempat
236 dok dulli = tak hirau
237 dok e-ra = tidak hirau
238 dok leh = tidak boleh keluar
239 dok ngepong = tidak pandai buat sesuatu
240 dok oh lalu = terlalu over
241 dok owh lalu = terlebih-lebih sangat
242 dok rok = penat / letih, tidak bertenaga
243 dok rok cetong = tidak boleh diharap langsung
244 dok rok meppeh = tak larat
245 dok rok sekepeng = tidak boleh diharap langsung
246 dok rok setarang = tidak boleh diharap langsung
247 dok rok setarang baroh = tidak boleh diharap langsung
248 dok seker = tanpa disangka
249 dok soh = jangan
250 dok tahu starang baroh = tak tahu pun langsung
251 dok wie = tidak bagi
252 dokdang = tak sempat
253 doktong = berjalan-jalan / suka merayau-rayau
254 dondeng = tergantung
255 do'oh = melampau
256 dooh lalu = melampau
257 drohong = terbuka / ternganga / bising / pintu yang terbuka luas
258 du du senung = mentadak mentadu
259 dua amah = RM 1.00
260 dudok cacang = berdiri
261 duduk cokoh = berdiri @ duduk tak berapa betul
262 dulli mung = peduli apa kke awak / tak ambil peduli
263 echir = tabur
264 ek = megah
265 embeng = banyak
266 enjal = tereajang /sepak
267 epek = himpit
268 e-re = kehendak
269 erek = heret
270 esel = ensel pintu
271 etek = juga
272 gaduh = tergesa-gesa
273 gaga = raba
274 gaha = menyental periuk @ kuali
275 ga-ha = gosok
276 gahar = gonyoh
277 gajut = beg plastik
278 galir = loose
279 galok = gatal / nakal
280 gandeng = melontar
281 gandor = galas (e.g: menggalas durian ke pasar)
282 gane = macamana
283 ganu = terengganu
284 gapow = apa
285 ge ge = buat bising
286 gebeng = capang (telinga melebar
287 geddik = hendak sesuatu dari orang tanpa dijemput/undang
288 gedebe = hero / teror / samseng
289 gege = bising
290 geggor = bergegar-gegar
291 gelap gelemat = gelap sungguh
292 gelap gugup = suasana yang amat gelap
293 gelap kattup = gelap gelita
294 gelap mata = pitam / rasa nak pitam
295 gelecoh = tergeliat
296 gelekek = galak / suka
297 gelenya = gatal / nakal
298 geletik tangang = gatal jer tangan
299 geli gelemang = geli
300 gembik = hendak berdua2an saja
301 gembit = mengembit beg / nak berdua-duan aja
302 gemuk debbok = gemuk sangat
303 gemuk metong = gemuk sangat
304 genta = loceng besar
305 gere = bangsal tempat berteduh
306 gerey = gerai
307 getoh bberi = getoh hok dok kenyal doh
308 gewe = kekasih
309 ghagal = meraba
310 gharik = margrib
311 ghetak = penampar laju
312 ghetok = jambatan kecil / titi
313 ghima = harimau
314 ghobar = pemadam
315 ghoyat = bagitau
316 ghumber = mengepam cecair cara manual
317 gi kuane = nak pergi ke mana
318 glebek nyeng = tumpul bergigi-gigi
319 glewak = menyibuk / kelam kabut
320 glising = merekah
321 go stan = undur belakang
322 gocoh = bergaduh
323 gogeh = bergoyang
324 goh = sungguh
325 gohek = kayuh / teruskan / ke depan
326 gok = juga
327 golek - arek = terguling sana-sini
328 golok bong = golok @ parang kontot
329 gombeng = berkucup / hisap tetek
330 gong = sombong / gong alat muzik
331 gonyoh = berus dengan kuat / sental
332 gook = reban ayam
333 gop = juga
334 gorek = pengasah pensel
335 guaner gamok = apa khabar
336 gu-la = gulai
337 guling-bating = terguling-guling
338 gulling = terlentang rehat sebelum tidur
339 gumba = timba
340 gurra bewok = gurauan bodoh yg boleh menyebabkan pergaduhan kecil
341 gustang = undur
342 gutu = kutu
343 hancing pering = bau air kencing yang tidak dibasuh
344 handeng = baling
345 hanyar belana = bersepah-sepah
346 hapak bedrohong = hapak
347 hinggok = goyang
348 hitang = hitam
349 hitang legang = teramat hitam / gelap
350 hogeh = menggoyang
351 hok = yang / yang mana
352 houk = berhenti
353 huduh sepang = teramat huduh
354 huduh sepang ko ong = dahla sangat huduh busuk pulak tu
355 hungga = kejar
356 igak = tangkap
357 ija naung = hijau kehijauan
358 ikang = ikan
359 ikang aye = ikan tongkol
360 ikang kerah eko = ikan cencaru
361 ikang sekilar = ikan pelaga
362 ikang tebakul = ikan belacak
363 imang = iman
364 iseng = gila
365 itang = hitam
366 itang legang = tersangat la hitamnya
367 itang lettung = tersangat la hitamnya / rentung
368 itik baghal = itik gembor + itik sekati bila besar jadi itik baghal
369 itik gembor = itik air
370 itik sekati = itik jawa
371 jabir rokrak = beg plastik
372 jahil tukil = terlampau bodoh / bengap
373 jala mas = sejenis kuih tradisional diperbuat dari telor
374 jamang kirung = zaman dahulu kala
375 jambang = tandas
376 jambu golok = buah gajus
377 jammu = jamu / kenduri
378 jangang = jangan
379 jangok = bergaya
380 jauh sapok = teramat jauhnya
381 jebek = rujuk kepada bibir seseorang yang nak menangis
382 jebeng = jambang
383 jek = terajang
384 jelebab = jatuh tertiarap
385 jelira = menyerap / meresapi
386 jeluwok = muntah
387 jembe = melulu / sampai / baru tiba
388 jendol = dahi luas dah nak botak
389 jenera = lena
390 jeng = jem
391 jenggi = badi / tercacak
392 jenuh = puas
393 jeput = jemput-jemput
394 je'put = cucur
395 jeputang = jemputan
396 jereba = tangkap
397 jereluh = jerlus
398 jeretoh = tidur
399 jerkoh = kena marah
400 jetak = melantun suis dengan tiba-tiba (cth ; dari ON ke OFF)
401 jintungang = jentungan / cacar air
402 jirik = pijak
403 jjuper = terjumpa
404 jjuper dok starang = terjumpa secara tidak sengaja
405 jogher = tukang ampu
406 jo'ong / joong = mendung
407 junga = hulur
408 juruh = baik
409 juruh - haroh = berpeleseran / tidak menentu hala-tuju
410 ka-ca = kacau
411 kace = kaca
412 kacip molek = kawan baik
413 kacong = bahagi
414 kacung = belalang / mentadak mentadu
415 kaeng = kain
416 kain kana = kain sembahyang
417 kalang = pensil
418 kalang cat = pensel warna
419 kalang petek = pensel mekanikel
420 kalu = jikalau
421 ka-me = uli
422 kapoh = cantum
423 kapong = kampung
424 karang = lain waktu pada hari yang sama
425 kateh = kaki
426 katok = pukul
427 kattok wong = katak ( katok yang panggil hujan.. Manggil ong…ong… tu)
428 kawa / ka-we = kopi
429 kayu khamat = sejenis kuih tradisional seperti roti keras
430 kayu roo = pembaris
431 keber = kibar
432 kec-cok = kaki sakit / jalan terjengket-jengket / terhinjut
433 kecek = tipu daya
434 kecik pereh = sangat kecil
435 kecik tuek @ tuik = terlalu kecil
436 kedarah = makan dengan pelahap
437 kedaroh = makan
438 kehek = ludah / luah
439 keja poreh = pegawai perhutanan
440 ke'jong = berkas dengan paksa
441 ke-jong = paksa sehigga buat
442 kekcot = jalan terhinggut-hinggut
443 kekeng = bukaan kaki / celong punggung / mengangkang
444 kekgi = sekejab lagi
445 kekoh = gigit
446 kekok = ketuk
447 kekpong = dukung / pikul
448 kelebet = selongkar
449 kelecak = tercampak / terpelanting
450 kelecak baghak = terpelanting
451 kelehi = berkelahi / bergaduh
452 kelepek = curi (e.g: basikal aku kena kelepek dek orang)
453 kelih = lihat
454 kelolo = kelakar / lucu
455 kelong = baling
456 kelotong nyor = kela kering jatuh ditebuk tupai
457 kemah - keming = tutup rapat-rapat
458 kembit = mengada-ngada
459 kemosa = kuih karipap isi ikan
460 kenayat = khianat
461 kengge = kerengga
462 kepeh = kempis
463 kepeh belepeng = kempis…. Pancit.
464 kepek = kemek / kerepek
465 kepok gete = keropok lekor
466 kepok gote = keropok lekor
467 ker kor = mengcakar
468 kerah kejong = mati / keras tidak bergerak langsung
469 kerek = kerap @ acap kali / basikal / telaga / pemanas air
470 kerek lage = kerek yang mengepung telaga
471 kerete = kereta
472 kesek = mata rosal sebelah / lampu rosak sebelah
473 kesok ati = kecik hati
474 kesot = alih tempat duduk
475 kesot ati = terase ati
476 keta tambang = teksi
477 ketek (dok ketek) = senyap dan takut
478 ketik = curi
479 ketik nyamuk = digigit nyamuk
480 keting = kaki (bisanya merujuk pada betis)
481 ketor geggor = terketar sampai bergegar
482 ketto geggor = terketar-ketar sampai bergegar
483 khabak = panjat
484 khabor = beritahu
485 khapoh = berselerak / kerak (cthnya ;lebihan tepung bersama keropok pisang)
486 khellak = gula-gula
487 khelloq = malu / sesuatu *barang masuk ke dalam…rasa sakit sket
488 khepok gete = keropok lekor
489 khisih khenyeh = tersengih-sengih
490 khobek = kupas / menyelongkar barang / baiki secara manual
491 khouh = terperap busuk / hapak
492 khucuk = lari laju sebab takut (e.g: aku lari khucuk bila jupe rimau)
493 kicoh = bilas
494 kijjer kelaut = kerja nelayan
495 kito = saya
496 kkasih = kekasih, awek, pakwe
497 kkudda = kekuda
498 kocek = poket
499 koho = makin
500 koho-koho = beransur ansur





Ustaz Azhar Idrus

my beloved family

MY BELOVED FAMILY YO!!

Assalamualaikum sume apa kabar harap korang sume sihat sejahtera hendaknye di hari jumaat yang mulia ni..hehe
Hari ini saya nak cerite ckit pasal diri saya ni lar kan..saya ni takde lar hebat sangatkan tapi nak kata hensem tu pon takde jugak tapi ade lar cikit kacak tu..okey2, berbalik kepada hajat saya tadi nama sebenar saya ialah WAN ALTAF NADHIR BIN OMAR BAKI..umur dalam lebih kurang  19 tahun 8 bulan(kalau nak ikut tarikh lahir lar) tapi kalau ikut tahun umur saya 20 tahun kot..saya ni anak ke 4 dalam 5 orang adik beradik..saya ada ayah sorang, emak sorang, kakak 2 orang, abang sorang dan adik sorang..kalau nak kira sume sekali keluarga saya termasuklah saya ada 7 orang..saya ni biase2 jer takde lar best mane pon..awek apatah lagikan..hahaha..:D
Saya ni lahir dalam keluarga yang biase2 jer tak kaya dan tak juga miskin..nama bapa saya HJ. OMAR BAKI BIN MOHD NASIR dan mak saya pula bernama HJH. AZIZAH BTE ZAINOL..bapa saya dulu keje telekom tapi sekarang dah bersara dah..mak saya pulak sebagai surirumah sepenuh masa jer.. untuk adik beradik saya pulak yang first sekali ialah kakak saya iaitu WAN JULIA DASINA BTE OMAR BAKI..dalam adik beradik saya..kitorang panggil die KAKYONG, pastu yang kedua abang saya yang bernama WAN ARIEF EFFENDY BIN OMAR BAKI kitorang panggil die ABANGCIK, yang ketiga ialah kakak saya yang kedua iaitu WAN NABILLA NATRAH BTE OMAR BAKI kitorang panggil die KAK `N sebab nama die Nabilla so kitorang panggil lar die camtu..hehe, yang ke empat ialah saya sendiri and yang kelima ialah adik saya yang perempuan iaitu WAN NURDINI ZUKRINA BTE OMAR BAKI dan kitorang panggil die WANI..dalam keluarga saya lar kan..boleh dikatakan saya ni paling sempoi lar dalam keluarga saya ni..sebab kalau nak buat apa2 pon keputusan saya just kata ok atau on jer..takde nak bantah2 ker, nak bangkang2 ker takde..yang penting bende yang nak dibuat tu mesti jadi..tpi kalau tak jadi saya takde lar nak marah2 ker, nak tacing2 ker, takde lar sampai camtu sekali kan cuma rasa terkilan jelar tu jer tak lebih pon..hehehe
Emm tu baru saya cerite pasal nama mak, ayah dan adik beradik saya jer belom lagi masuk hal peribadi saya lagi mesti lagi panjang ni..so nanti2 lar saya sambung yer..buat masa sekarang kite stop kat cini dulu okey..korang baca yang ni dulu lar yer..nanti kalau ade masa saya post yang baru nyer lak ok..stay tuned..wakakaka…assalamualaikum..:D


start dari atas yang berdiri belah kiri iaitu abang saya, pastu kakak saya yang no.2, yang tengah korek hidung tu lar saya..hehe
start duduk belah kiri hah tu lar kakak saya yang first, sebelah die lak tu mak saya yang tersayang, pastu sebelah mak saya tu ayah saya yang tercinta and yang last sekali duduk hujung tu adik saya lar..hehehe..harap korang faham ape yang aku tulis ni..hahaha :) 

Tuesday 10 April 2012

contoh doa pembuka dan penutup majlis..

mungkin ramai di antara kita yang ingin membuat majlis ringkas tapi xtau bagaimana untuk memulakannya..disini ade beberapa tip doa untuk memulakan sesuatu majlis..hehe..selamat beramal yer..harap2 majlis itu diberkati oleh ALLAH S.W.T..:)

Doa pembuka dan penutup majlis

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.
اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..


Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis (nama tuan punyer majlis tu)
………………………………………………………………………………………..
                                yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.
يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan dari Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan dari segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

cerpen orang terengganu..bahagian 1

Selamat Membaca dan pastikan korang gelak puas-puas k!! Huhuhu….(harap2 korang paham bahase orang terengganu ni)

KISAH AMING GI SEJID
Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok wak guane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.
Mase khutbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..
Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.
Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.
Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.
Bersambung….hehehe