Bagaimana Cara Menambahkan Berat Badan?
Saya yakin jika anda sedang membaca artikel ini kemungkinan besar anda bertubuh ectomorph macam saya dan anda ingin mencari cara menambah berat badan. Jika anda bertubuh ectomorph jangan risau. Anda boleh menjadi berotot jika anda tahu caranya. Brad Pitt juga seorang yang bertubuh ectomoprh sebelum ini. Tetapi dengan latihan dan diet yang betul dia dapat menambah berat badan dengan cepat. Berikut merupakan cara yang saya syorkan untuk menambah berat badan.
- Kalori masuk vs kalori yang dibakar
Jika anda ingin menambah berat badan dan membina otot anda haruslah mengambil jumlah kalori yang lebih tinggi dalam diet harian anda. Ini kerana otot dibina melalui lebihan kalori. Apabila tubuh anda membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan maka badan anda tidak dapat menyimpan kalori untuk tujuan tersebut. Ini membuatkan anda sukar menambah berat badan.
Jika selama ini anda makan banyak tetapi tidak bertambah berat badan, ini adalah kerana badan anda membakar terlalu banyak kalori. Ini bermakna aktiviti harian anda memerlukan penggunaan kalori yang tinggi. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan lagi jumlah pengambilan kalori harian anda.
- Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Saya mencadangkan anda untuk makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.
- Tingkatkan pengambilan protin
Protin dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protin membuatkan tubuh anda “mencuri” protin dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protin dalam diet harian anda. Saya mencadangkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protin untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protin. Anda boleh dapatkan sumber protin dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.
- Lakukan aktiviti senaman bebanan
Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Maka apa yang saya cadangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.
Di harap artikel ini dapat membantu para pembaca yang selama ini tercari-cari cara menambah berat badan. Berikan juga komen atau sebarang persoalan anda mengenai artikel ini di ruangan komen dibawah.
No comments:
Post a Comment